Close

7 filem yang dinantikan untuk tahun 2020 – Wajib tonton!

1. No Time To Die : 007

Filem adalah siri James Bond 007 bergenrekan aksi perisikan yang dilakonkan oleh Daniel Craig sebagai watak utama. No Time To Die juga adalah filem ke-5 beliau dalam siri filem James Bond 007. Bakal ditayangkan sekitar bulan April tahun ini.

2. Black Widow

Filem pertama yang membawakan watak Black Widow dari filem Avengers yang mula diperkenalkan dari filem Iron Man. Dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Scarlett Johansson. Juga akan ditayangkan sekitar bulan April 2020.

3. Sonic The Hedgehog

Sonic adalah satu watak yang berasal dari permainan yang pernah terkenal suatu masa dahulu dan kini menjadi satu filem bergenrekan sains fiksyen pengembaraan. Dalam filem ini, Sonic mempunyai kuasa larian yang sangat pantas. Trailer filem ini juga pernah menerima kritikan yang hebat dari peminat Sonic sebelum ini kerana rupa parasnya tidak sama seperti dalam permainan.

Pihak Paramount Pictures telah memutuskan untuk mengeluarkan trailer baharu dengan rupa paras Sonic yang lebih tampak sama seperti dalam permainan. Bakal ditayangkan sekitar bulan Februari 2020. Jim Carrey juga antara pelakon yang digemari dalam filem ini kerana aksinya yang mencuit hati menerusi trailer.

4. The New Mutants

Filem yang mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai kuasa istimewa. Filem ini adalah trilogi dari siri filem X-Men. Namun The New Mutants membawakan unsur yang agak berbeza dari filem X-Men kerana ia dilihat lebih berunsurkan filem seram yang masih mengetengahkan beberapa watak yang mempunyai kuasa istimewa. Akan ditayangkan sekitar bulan April ini.

5. Morbius

Satu filem yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Filem Morbius mengisahkan seorang Doktor yang berusaha untuk merawat penyakit beliau yang seterusnya menukar beliau menjadi vampire yang mempunyai kuasa istimewa.

Morbius adalah filem antihero yang dilakonkan oleh Jared Leto sebagai watak utama. Morbius juga adalah penjahat yang dalam dunia Spider-Man yang mempunyai kuasa yang agak hebat. Bakal ditayangkan sekitar bulan Julai tahun ini.

6. Free Guy

Sebuah filem bergenrekan fiksyen komedi yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds sebagai peneraju filem ini. Mengisahkan dunia permainan video di sesebuah bandar. Menerusi trailer yang keluar, pelbagai adegan kelakar dan aksi yang diperlihatkan. Akan ditayangkan sekitar bulan Julai ini.

7. The King’s Man (Kingsman 3)

Ini adalah filem siri ke-3 untuk filem Kingsman yang pernah jadi fenomena pada tahun 2014. Namun filem The King’s Man kali ini tiada lagi pelakon yang meneraju filem sebelumnya iaitu Taron Egerton. Kingsman ketiga ini akan dilakonkan oleh Harris Dickinson sebagai peneraju utama filem ini.

Masih mengetengahkan elemen perisikan dan aksi yang mengagumkan. Filem ini juga menceritakan sejarah bagaimana ejen perisikan Kingsman mula ditubuhkan. Akan ditayangkan sekitar bulan September tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN