Close

AirAsia hentikan semua penerbangan ke Wuhan, China

Disebabkan penularan coronavirus yang sedang membimbangkan masyarakat sekarang ini, pihak Air Asia telah membatalkan semua penerbangan ke Wuhan, China. Ini satu langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak AirAsia terhadap wabak korona yang sedang berlaku sekarang ini.

Semua penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu, Bangkok, dan Phuket ke Wuhan, China untuk sementara dibatalkan sehingga 28 Januari 2020 ini. – Menerusi satu kenyataan di laman web rasmi AirAsia.

Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China dan pakar global untuk mengetahui lebih lanjut tentang virus ini, bagaimana ia boleh dijangkiti manusia, bagaimana ia boleh dirawat, dan negara mana yang boleh bertindak balas menerusi satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN