Close

AirPods Pro mengalami kebolehan ‘Noice Cancellation’ yang teruk

Beberapa minggu ini terdapat pengguna AirPods Pro yang mengadu terhadap kebolehan pada fungsi Noise Cancellation selepas ia dikemaskini kepada perisian terbaru.

Malah RTINGS juga turut mencuba kembali AirPods Pro selepas ia dikemaskini ke perisian 2C54 dan mendapati bahawa kebolehan Noise Cancellation semakin teruk berbanding sebelumnya. Anda boleh periksa AirPods Pro anda sama ada ia adalah perisian terbaru atau belum dikemaskini melalui Setting > General > About.

After updating to Firmware 2C54, we retested the headphones and our results showed a fairly significant drop in isolation performance, primarily in the bass-range. This means that with ANC turned on, these headphones won’t do nearly as good a job blocking out the low engine rumbles of planes or buses as they did before this update. This review reflects these changes. 

Tambahnya lagi, Apple mungkin membuat perubahan sedikit pada profil bunyi AirPods Pro, lebih-lebih lagi pada kebolehan Noise Cancellation. Tapi ia tidak terlalu ketara untuk didengar melainkan telinga anda sangat tajam untuk perasan.

Malah, The Verge juga berpendapat mungkin Apple melakukan perubahan ini tanpa pengetahuan pengguna di atas faktor untuk mengelakkan sebarang kesan buruk pada telinga disebabkan kebolehan Noise Cancellation.

ARTIKEL BERKAITAN