Close

Ashfall – Filem Aksi Korea Yang Penuh Dengan Elemen Kelakar Dan Emosi



Ashfall adalah filem Korea yang bergenrekan drama dan aksi yang baru sahaja ditayangkan di pawagam terpilih sekitar Malaysia bermula 2 Januari lalu. Filem ini terdiri daripada pelakon Korea yang cukup terkenal dalam filem Along With The Gods, iaitu Ha-Jung Woo (sebagai watak utama), Ma Dong-Seok, Lee Byung-Hun dan ramai lagi.








Filem ini mengisahkan negara Korea Utara dan Korea Selatan yang menghadapi gempa bumi yang amat dahsyat disebabkan oleh gunung berapi yang meletus menyebabkan bandar-bandar kedua-dua negara ini mengalami kerosakan yang teruk dan diancam dengan bencana yang lebih dahsyat.



Dengan bencana yang telah dialami, Korea Selatan telah memutuskan untuk menghantar sepasukan tentera ke Korea Utara sebagai langkah membantu untuk mengelakkan bencana dengan bantuan Lee Joon-pyeong (Lee Byung-Hun) sebagai perisik Korea Selatan untuk membantu mereka dalam misi yang amat merbahaya ini.


Segalanya bermula di sini, pelbagai adegan kelakar dan emosi yang diletakkan sepanjang filem ini. Jika anda sudah biasa dengan lakonan berkarisma dari Ha-Jung Woo, dalam filem ini anda akan lihat beliau sebagai watak yang sangat bertentangan dengan karismatik itu. Lakonan beliau akan dapat menambat dan mencuit hati anda.




Filem ini bukan sahaja menceritakan mengenai bencana atau misi, malah ia juga diterapkan dengan nilai kekeluargaan, kepercayaan, perpaduan dan integriti dalam kehidupan kita. Ya, banyak nilai positif yang anda akan dapat setelah anda keluar dari pawagam. 


Dari segi CGI, filem ini sangat boleh dipuji. Sukar untuk melihat kekurangan dari segi CGI. Cuma dari segi jalan cerita agak flat sedikit dan klimaks yang agak perlahan. Dari segi aksi, filem ini tidak banyak aksi yang dipaparkan kerana ia lebih kepada drama dan bermain dengan emosi sahaja. Secara keseluruhan, saya boleh bagi 7/10 untuk filem Ashfall.

ARTIKEL BERKAITAN