Close

Black Shark 3 akan hadir dengan paparan 120Hz dan resolusi 2K

Sebelum ini terdapat maklumat yang tertiris mengenai jumlah RAM yang digunakan sebesar 16GB pada Black Shark 3. Kini terdapat gambar yang tertiris menunjukkan bahawa peranti itu akan dilengkapi dengan paparan segar semula sehingga 120Hz bersama resolusi skrin 2K.

Black Shark 3 juga dilaporkan bakal dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865. Jika mengikut tarikh pelancaran Black Shark 2, ia dilancarkan pada bulan Mei. Black Shark 3 juga dijangka akan dilancarkan sekitar bulan April ~ Mei tahun ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN