Close

Bose akan tutup 119 kedai fizikal mereka – Ini sebabnya…

Bose adalah satu jenama yang cukup terkenal di dunia terhadap produk fon telinga/kepala dan pelbagai alatan pembesar suara yang lain. Kini menerusi terbaru, Bose akan menutup semua kedai fizikal mereka yang berada di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Australia.

Ia disebabkan oleh kekerapan pembelian barangan Bose adalah melalui dalam talian yang semakin meningkat berbanding pembelian di kedai fizikal. Ekoran tindakan ini, beratus pekerja Bose akan diberhentikan kerja.


“Originally, our retail stores gave people a way to experience, test, and talk to us about multi-component, CD and DVD-based home entertainment systems,” menurut Colette Burke, Naib Presiden Jualan Bose Secara Global 



Pihak Bose juga memberi maklum balas bahawa mereka memfokuskan kehendak pengguna dan di mana ia diperlukan. Bose juga akan mula menutup ke semua 119 kedai fizikal yang di beberapa negara bermula beberapa bulan mendatang.

Selain dari negara yang di sebut, kedai fizikal Bose masih akan dibuka seperti biasa. Kira-kira 130 kedai fizikal lagi yang masih beroperasi termasuk di China, UAE, India, Korea Utara dan sekitar Asia Tenggara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN