Close

Calon Sarjana dengan 12 juta subcribers telah disekat oleh YouTube – Ini sebabnya…

Mungkin ada diantara anda yang pernah menonton salah satu YouTube Channel yang agak terkenal dari Indonesia iaitu Calon Sarjana yang banyak kongsikan konten menarik yang telah mencecah sebanyak 12.4 juta subcriber.

Malangnya, Calon Sarjana telah disekat oleh pihak YouTube diatas faktor plagiat (mencuri) konten dari orang lain dan alih kepada bahasa Indonesia dari bahasa Inggeris. Ia sememangnya satu tindakan yang tidak patut oleh mana-mana pihak untuk mencuri konten orang lain dan dapat keuntungan dari hasil plagiat.

12.4 juta subscriber satu jumlah yang agak banyak dan pasti pemilik akaun tersebut terkesan dengan sekatan ini disebabkab sudah memperoleh banyak duit iklan (monetize) dari akaun tersebut.

Namun Calon Sarjana mempunyai satu lagi akaun sokongan yang bernama Chanel Ilmuan yang mempunyai 2.5 juta subcriber yang kini telahpun ditukar nama kepada Calon Sarjana selepas akaun asal berjumlah 12.4 juta subcriber disekat oleh pihak YouTube.

Pengajaran yang anda boleh ambil di sini adalah jangan sesekali mencuri (plagiat) hasil karya orang lain walaupun video pendek dan muat naik di YouTube atau mana-mana media sosial seperti Facebook. Ia boleh memberi kesan kepada akaun anda, lebih-lebih lagi yang sudah mencapai subscriber dan pengikut yang tinggi.

YouTube mempunyai teknologi mereka sendiri untuk kesan mana-mana akaun yang mencuri video orang lain. Malah, jika anda dapati video YouTube anda dicuri, YouTube akan memberi notifikasi dan anda boleh laporkannya.

Akhir kata, untuk memulakan YouTube, seeloknya gunakan kreativiti dan hasil kerja video sendiri dari mencuri hasil karya orang lain. Konsep yang sama juga dengan muzik. Anda tidak boleh suka-suka gunakan muzik orang lain. Jika masih guna, video tersebut boleh jadi tiada lagu langsung, video disekat, tidak boleh monetize atau akaun akan disekat.

ARTIKEL BERKAITAN