Close

Facebook dan Instagram akan membuang maklumat palsu tentang ‘coronavirus’

Facebook baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan bertindak untuk membuang semua maklumat palsu tentang wabak coronavirus (2019-nCoV0) yang sedang melanda sekarang ini.

Polisi terbaru ini akan dilakukan terhadap Facebook dan Instagram. Seperti anda tahu, Instagram juga dimiliki oleh Facebook. Maklumat yang akan dibuang termasuk maklumat tentang perubatan yang tidak benar, langkah pencegahan tidak benar, sebarang kenyataan yang mengelirukan.

Malah, penggunaan hashtag (#) yang digunakan di Instagram untuk menyampaikan maklumat palsu juga akan disekat dan dihalang.

Langkah ini bagi memastikan pengguna Facebook dan Instagram mendapat maklumat yang sahih tentang coronavirus daripada individu yang boleh dipercayai. Untuk maklumat lanjut tentang polisi ini, anda boleh baca penuh di sini.

ARTIKEL BERKAITAN