Close

Filem ‘Bakara’ diinspirasikan dari kejadian sebenar – ‘Black Hawk Dawn’ versi Malaysia

Jika anda pernah menonton filem Paskal dan Wira, pasti anda cukup kenal dengan pengarahnya iaitu Adrian Teh yang telah berjaya mendapat kutipan yang tinggi pada kedua-dua filem arahan beliau. Kini beliau bakal mengarah satu lagi filem yang bergenrekan aksi ketenteraan iaitu Bakara.


Filem ini berkisahkan kejadian sebenar semasa pertempuran Mogadishu, Somalia. Dimana ia melibatkan Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi keamanan dan diserang hendap oleh pemberontak.

Antara barisan pelakon untuk filem ini ialah Hairul Azreen, Remy Ishak, Bront Palare, Fauzi Nawawi dan Shaheizy Sam. Pilihan pelakon ini sememangnya langkah yang bijak kerana kehebatan lakonan mereka dan aura yang dibawakan. Lebih-lebih lagi Bront Palare yang dikira sebagai pelakon laku keras di Indonesia kerana bakatnya.

Hatta, filem ini telah diamanahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bakal menggunakan anggota ATM sebenar sebagai pelakon. Menariknya lagi, filem ini juga bakal menggunakan aset ketenteraan yang bakal menjadikan filem ini setanding filem Hollywood.

Bakara bakal ditayangkan pada 31 Ogos 2021.

(Sumber gambar oleh Hairul Azreen)

ARTIKEL BERKAITAN