Close

Gambar fon sebenar Xioami Mi 10 Pro 5G tertiris – Pengecasan 65W!

Beberapa minggu sahaja lagi Xiaomi bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu siri Xiaomi Mi 10 yang akan hadir dengan beberapa pilihan variasi. Kini terdapat gambar fon sebenar yang telah tertiris menunjukkan rekaan Xiaomi Mi 10 Pro 5G dari sudut belakang dan hadapan.

Menerusi gambar, dapat dilihat paparan skrin yang digunakan adalah jenis melengkung seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi Note 10 dan kamera swafoto seperti Galaxy S10+. Peranti ini juga dilihat tiada sebarang bicu audio 3.5mm.

Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, Xiaomi Mi 10 Pro akan dilengkapi dengan Snapdragon 865, memori 12GB RAM, empat kamera 108MP, bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan 65W dan pengecasan tanpa wayar 30W. Dan menerusi gambar tertiris, ia sekaligus mengesahkan bahawa Mi 10 Pro 5G dilengkapi dengan pengecasan 65W.

ARTIKEL BERKAITAN