Close

Huawei Mate X berjaya dijual sebanyak 100,000 unit setiap bulan

Huawei Mate X adalah peranti dengan skrin boleh lipat yang menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy Fold. Namun penjualannya hanya terhad di negara China sahaja buat masa ini dengan harga jualan sekitar $2,450 (~RM9,957) mengikut tukaran wang asing semasa.

Kini jualan Mate X telah dicatatkan sebanyak 100,000 unit sebulan sejak bulan November 2019 yang lalu dengan nilai jualan sebanyak $500 juta. Jika maklumat ini tepat, Huawei telah mendapat sekurang-kurangnya setengah billion penjualannya dari Mate X.

Walaupun ia tidak dijual secara global, nampaknya sambutan dari pembeli di China amat bagus sekali terhadap Mate X. Tahun ini juga kita mungkin akan melihat lebih banyak peranti dengan skrin boleh lipat. Malah Samsung juga bakal mengeluarkan model Galaxy Fold kedua selepas mendapat sambutan yang agak baik terhadap Galaxy Fold.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN