Menerusi laporan dari mdroid, terdapat desas-desus dari sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan harga jualan rasmi untuk peranti terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 10 Lite, Galaxy A51 dan Galaxy A71.
Samsung Galaxy A51 mungkin akan dijual dengan harga RM1,299. Manakala Galaxy A71 pula mungkin akan dijual dengan harga RM1,799. Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, A51 masih kekal sama harga dengan A50, namun A71 turun RM200 dari A70.