Hatta, paten ini telah difailkan oleh syarikat dari China pada agensi paten German PDMA. Siri Mate 40 juga dijangka akan dilancarkan sekitar suku tahun ke-4 tahun ini, sekitar bulan Oktober atau November. Menurut 91 Mobiles, Mate 40 Pro akan dilengkapi dengan 8 sensor kamera keseluruhan, 5 kamera belakang dan 3 lagi dibahagian hadapan.
Pada bahagian hadapan, ia dilihat masih mengekalkan rekaan Mate 30 Pro dengan paparan skrin bertakuk dan skrin melengkung di bahagian sisi. Setakat ini tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi.
(Sumber)