Close

Insta360 One R Boleh Diubah Dari Kamera Aksi Ke Sudut 360 – Dengan Kerjasama Leica

Insta360 antara kamera kompak yang cukup dikenali dengan kamera sudut 360 dikalangan pengguna. Kini syarikat itu telah mengumumkan model terbaru mereka iaitu One R yang berkebolehan ditukar dari kamera aksi ke kamera sudut 360 mengikut kesesuaiannya. Ia dilihat sebagai inovasi yang menarik untuk kamera sekecil itu.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga turut dicipta dengan kerjasama Leica yang boleh merakam kualiti 5.7K yang tinggi dengan kamera 1-inci sudut lebar. Selain itu, ia juga mampu merakam 4K 60fps, timelapse, bullet time, gerak perlahan dan mampu menghilangkan monopod dari video.

One R juga turut dilengkapi dengan ketahanan kalis air IPX8 sehingga kedalaman 8 meter. Menariknya lagi, walaupun syarikat ini tidak mencipta drone, ia berupaya untuk diletakkan pada drone dengan penggunaan ‘Aerial Edition’. Kamera ini dilihat sebagai pesaing yang hebat kepada GoPro Hero 8.

ARTIKEL BERKAITAN