Close

iPhone 11 mendapat skor DxOMark sebanyak 109 – Dibawah Xiaomi Mi 9

Baru-baru ini DxOMark telah mengeluarkan hasil ujian kamera dan video dari iPhone 11. Jika anda masih tidak tahu siapa DxOMark, mereka adalah penguji kualiti kamera sesebuah telefon pintar dan kamera digital. Skor kamera yang diterima oleh iPhone 11 adalah sebanyak 109 secara keseluruhan (112 gambar dan 101 video).

Dari segi spesifikasi, iPhone 11 dilengkapi dengan dwi-kamera 12MP f/1.8 (26mm) sebagai kamera utama dan 12MP f/2.4 (13mm) sudut ultra-lebar. Mempunyai rakaman 4K 60fps pada semua kamera termasuk swafoto bersama HDR dan rakaman suara stereo.

Menurut DxOMark, iPhone 11 mempunyai kebolehan dari segi rakaman video dan gambar. Namun kualiti gambar yang dihasilkan tidak cukup kuat seperti iPhone 11 Pro Max. Tambahan lagi, kamera iPhone 11 juga turut menghasilkan exposure dan contrast yang tepat untuk outdoor dan indoor.

iPhone 11

Samsung Galaxy S10+

Malah dari segi kurang cahaya juga ia memberi hasil yang sangat baik, lebih-lebih lagi jika ambil gambar dalam posisi potret backlit. Dimana cahaya yang terpancar dari belakang akan membuatkan objek kelihatan sedikit gelap, tapi hasil dari kamera iPhone 11 cukup baik berbanding Samsung Galaxy S10+.

iPhone 11

Samsung Galaxy S10+

Hasil gambar dari sudut ultra-lebar iPhone 11 menghasilkan exposure yang tepat dan warna yang lebih baik berbanding kamera ultra-lebar Samsung Galaxy S10+ yang kelihatan sedikit gelap dan kusam. Perbandingan ini dilakukan oleh DxOMark mungkin kerana kedua-dua peranti ini diperkenalkan pada tahun yang sama dan tawaran harga yang hampir sama.

Namun mengikut skor yang diberikan, iPhone 11 tertinggal 1 skor berbanding Xiaomi Mi 9 yang mendapat 110 secara keseluruhan. Diikuti oleh Huawei Mate 20 Pro dengan skor 112 dan Google Pixel 4 yang juga mendapat skor 112 secara keseluruhan.

Perlu diingatkan juga, ini hanya sekadar skor dari ujian yang terperinci dari DxOMark. Tidak bermakna anda harus ambil secara bulat-bulat. Ia bergantung pada penggunaan anda sendiri untuk menilai mana yang lebih baik untuk anda gunakan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN