Close

iPhone 11 Pro Cyberphone – Rekaan terbaharu dari Caviar seakan ‘Tesla Cybertruck’

Caviar adalah jenama dari Russia yang banyak mencipta semula rekaan sesebuah peranti menjadikannya lebih tampak unik, esklusif dan premium. Lebih-lebih lagi buat pengguna yang suka mengumpul dan banyak duit.

Terbaru, Caviar telah mengeluarkan rekaan iPhone 11 Pro dan Pro Max yang diberi nama sebagai Cyberphone dengan binaan kerangka yang seakan rekaan Tesla Cybertruck dan menggunakan material besi Titanium.


Menariknya dengan iPhone 11 Pro Cyberphone ini, ia mempunyai fungsi mekanikal yang boleh digunakan sebagai penahan untuk menegakkan fon dan juga boleh berfungsi sebagai pelindung permukaan skrin.

Caviar juga masih mengekalkan tiga bonjolan kamera utama dibahagian belakang. Disamping itu, terdapat juga logo Caviar di sebelah kamera utama. Jika anda meminati Cyberphone, anda boleh buat permintaan melalui laman web rasmi mereka.

Dijual dengan harga $16,030 (~RM65,530) untuk iPhone 11 Pro 64GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN