Close

iPhone 12 dengan cip A14 mungkin akan sehebat MacBook Pro 15-inci

Waktu ini ura-ura tentang iPhone 2020 yang bakal dilancarkan pada bulan September nanti sedang hangat diperkatakan. Antara maklumat yang kita tahu sekarang adalah tentang rekaan badan seperti iPhone 4, menggunakan 4 kamera pada model Pro, memori 6GB RAM, rangkaian 5G dan pelbagai lagi.

Kini menerusi laporan dari 9to5mac, penganalisis dari MacWorld  iaitu Jason Cross telah menjangkakan bahawa prestasi cip pemproses A14 yang Apple akan gunakan pada siri iPhone 12 nanti mungkin akan sehebat MacBook Pro 15-inci.

Menurut beliau, perubahan dari 7nm ke 5nm mungkin kedengaran tidak banyak, tapi ia sebenarnya adalah sesuatu yang besar dan beliau juga turut mengatakan bahawa ia adalah penaiktarafan yang besar.

The trend line gives us a score around 4,500, but I think a combination of architectural changes and clock speed will give us a lot more. I wouldn’t be surprised if the Geekbench 5 multi-core score creeps up to 5,000 or so.

For what it’s worth, the fastest Android phones score around 3,000 on this test, and a score of 5,000 would be similar to 6-core mainstream desktop CPUs or high-end laptop CPUs. It’s 15-inch MacBook Pro territory. 

Mengikut kajian beliau, prestasi 5 Multi-Core dari Geekbench menunjukkan kenaikan dari A11, A12 dan A13 (yang paling ketara). Kebarangkalian skor yang diperoleh buat A14 mungkin sekitar 4,500. Namun dengan 5nm, ia mungkin mampu memberi skor sehingga 5,000 atau lebih pada Geekbench 5 Multi-Core.


Jika benar, ia bukan satu perkara yang mengejutkan bagi iPhone. Kerana kekuatan sebenar iPhone terletak pada cip pemproses dan integrasi sistem operasi iOS. Apa pun ini sekadar jangkaan dan analisa, tidak semestinya tepat. Apa pendapat korang?

(Sumber/Artikel penuh : MacWorld)

ARTIKEL BERKAITAN