Close

iPhone 2021 mungkin dilengkapi dengan Touch ID pada butang kuasa

Laporan dari penganalisis Apple, Ming Chi-Kuo hari ini telah menyatakan bahawa Apple dijangka mungkin akan menggunakan teknologi Touch ID pada iPhone 2021 yang diletakkan pada bahagian butang kuasa. Mungkin ia seakan teknologi yang digunakan pada Samsung Galaxy S10e.

iPhone berikut juga adalah iPhone yang akan dilengkapi dengan panel skrin LCD dan akan menjadi model kelas bajet. Ini mungkin merujuk kepada siri iPhone 9 (SE 2) seterusnya yang bakal dilancarkan kelak.

Tanpa teknologi Face ID, ia boleh ditawarkan dengan harga mampu milik dan mempunyai sedikit perubahan dari iPhone sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN