Close

iPhone 9 mungkin akan dilancarkan sekitar bulan Mac ini – Harga RM1,825?

iPhone SE 2 atau lebih sinonim dengan nama iPhone 9 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dilaporkan akan dilancarkan sekitar awal bulan Mac ini. Menurut Bloomberg, pengeluar Apple merancang untuk mulakan pemasangan pada bulan Februari ini.

iPhone 9 akan menjadi iPhone kelas bajet untuk tahun 2020 kerana Apple mungkin memfokuskan penjualannya pada pengguna yang masih menggunakan iPhone SE, iPhone 6 dan iPhone 6S. Jangkaan harga jualan iPhone 9 sekitar $449 (~RM1,825) mengikut tukaran wang asing semasa. Saya menjangkakan ia akan dijual sekitar RM2,099 untuk harga permulaan.


Dari segi rekaan tertiris, ia mengenakan rekaan seperti iPhone 8 dengan cip pemproses A13 Bionic, pengimbas Touch ID, paparan skrin 4.7-inci LCD dan satu kamera yang dikhabarkan seperti iPhone Xr (masih ada mod potret). Maklumat lanjut, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN