Close

Kalau dapat link pelik, jangan terus tekan – Anda mungkin mangsa scammer!

Hari ini saya tertarik dengan satu topik yang rasanya bukan baru, tapi pernah terjadi beberapa kali sebelum ini iaitu mengenai penipuan dan ugutan mendedahkan rakaman peribadi dengan meminta sejumlah wang sebagai tebusan untuk tidak sebarkan rakaman tersebut.

Menerusi perkongsian dari salah seorang mangsa yang sudahpun terkena iaitu Shazmie Nadziri, beliau telah mendedahkan taktik bagaimana scammer ini membuat kerja mereka dengan cara yang mudah tanpa perlu mereka mendekati anda.

Beliau telah menerima rakan baharu bernama Abby Garcia Tan sebagai rakan Facebook dan tiba-tiba Abby menghantar satu link yang kononnya adalah proposal projek. Tanpa ragu-ragu, Shazmie telah tekan link tersebut dan secara tidak langsung scammer tersebut dapat mengakses kamera dan mikrofon telefon pintar yang digunakan oleh Shazmie.

Ia sememangnya satu tindakan yang agak diluar jangkaan dengan tekan satu link telah memberi akses kepada scammer itu untuk melihat kamera dan mikrofon telefon pintar milik kita. Mungkin terdapat muslihat yang digunakan oleh mereka melalui taktik godam (hacking).

Menurut Shazmie lagi, scammer tersebut telah menghantar rakaman beliau semasa dalam tandas, dapur dan bilik siap dengan pautan YouTube, gambar, dan juga senarai rakan Facebook yang scammer tersebut akan hantar video untuk ugut.

Malah scammer tersebut juga meminta sejumlah wang RM5,000 jika tak mahu gambar dan video tersebut tersebar. Ini bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana ia melibatkan aib individu yang menjadi mangsa penipuan ini, lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin.

Oleh itu, saya nasihatkan agar anda semua berhati-hati ketika menekan sesuatu pautan (link) yang dikongsikan oleh sesiapa, lebih-lebih dari orang yang tidak dikenali atau individu yang baru sahaja jadi rakan akaun media sosial anda.

Shazmie juga turut kongsikan beberapa lagi individu yang pernah menjadi mangsa penipuan ini. Sampai muka kena edit pun ada, seolah-olah ia menampakan seperti kelakuan dari mangsa itu benar. Setakat ini saya banyak mendengar mangsa penipuan ini dari Facebook. Apa pun, diminta anda semua yang baca perkongsian ini agar berhati-hati.

Lagi seorang mangsa, Isma Harris yang juga pernah menjadi salah seorang mangsa penipuan ini.

ARTIKEL BERKAITAN