Close

Kapasiti Bateri iPhone Bukan Terletak Pada Jumlah, Tapi….

Berikut adalah kapasiti bateri iPhone :

iPhone 7 – 1960mAh
iPhone 7 Plus – 2900mAh

iPhone 8 – 1821mAh
iPhone 8 Plus – 2691mAh
iPhone X – 2716mAh

iPhone Xr – 2942mAh
iPhone Xs – 2658mAh
iPhone Xs Max – 3174mAh

iPhone 11 – 3110mAh
iPhone 11 Pro – 3046mAh
iPhone 11 Pro Max – 3969mAh

Jika dibandingkan dengan kapasiti bateri Android, memang iPhone nampak lebih kecil. Tapi dengan sokongan iOS & cip pemproses Apple, ia mampu bertahan setanding Android. Ia pernah dibuktikan sejak dari iPhone Xr oleh pengalaman pengguna sendiri.

Sebelum ini juga @Mrwhosetheboss pernah membuat ujian ketahanan bateri antara Huawei Mate 30 Pro (4500mAh) dan iPhone 11 Pro Max (3969mAh). Hasilnya, iPhone 11 Pro Max menang dengan ketahanan sehingga 8 jam 32 minit. Macam tak percaya kan?

Ini membuktikan ketahanan bateri sesebuah fon bukan hanya bergantung pada jumlah kebesaran bateri, bahkan pada kesesuaian sistem operasi dan cip pemproses. Konsep yang sama digunakan pada kamera. Megapiksel yang besar tidak menjanjikan gambar yang berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN