Close

Kecoh! Data peribadi digadaikan sebab e-tunai RM30 ?

Beberapa hari ini melalui media sosial, anda mungkin banyak mendengar tentang mendapat duit RM30 dari kerajaan melalui e-wallet seperti Touch’nGo dan Boost. Mungkin ada diantara anda yang dah dapat, ada juga yang tidak dapat, bahkan ada juga yang tidak mohon.

Dalam pada itu, ada juga individu yang menentang terhadap penerimaan duit RM30 ini kerana menurut mereka data peribadi anda akan terjejas pada pihak lain kerana memberi salinan kad pengenalan semasa mendaftar untuk mendapatkan RM30 ini.

Tidak kurang juga ada pihak yang turut membidas kenyataan data peribadi terjejas.

Korang semua tahu atau tidak, Boost bawah Axiata, TnG bawah CIMB. Kedua2 perkhidmatan ini bawah Khazanah. Begitu juga Grab, Khazanah sebagai pemegang saham.

— Xavier Naxa (@XavierNaxa) January 17, 2020

Saya pasti, rakyat Malaysia bijak dalam membuat tindakan mereka sama ada ingin memilih untuk menerima atau tidak menerimanya. Pelbagai pandangan disuarakan tentang isu ini. Ya mungkin ada benarnya dan mungkin disebaliknya.

Apa pun harapnya kita saling hormat menghormati pendapat masing-masing tanpa perlu mencaci maki walaupun mereka tidak sependapat dengan kita. Ia bergantung pada anda sama ada ingin menerima atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN