Close

Malaysia sedia laksanakan rangkaian 5G pada tahun ini

Pada ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini di Langkawi, beliau telah menyatakan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan rangkaian 5G menjelang suku tahun ketiga tahun ini.
Teknologi 5G bukan sahaja menumpukan pada sektor komunikasi, malah ia juga merangkumi sektor pertanian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, pembuatan, pelancongan dan pelbagai lagi menurut beliau. Ini sememangnya satu perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Gambar Oleh : Malay Mail
Menjelang suku tahun ketiga nanti mungkin kita akan diperlihatkan dengan pelbagai lagi butiran mengenai teknologi 5G di Malaysia. Setakat ini tidak pasti industri mana yang bakal memulakan menggunakan teknologi 5G ini. Harapnya pihak telco memainkan peranan yang penting terhadap rangkain 5G pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN