Morbius atau nama sebenar beliau dalam filem, Dr. Michael Morbius sebenarnya adalah watak dalam dunia Spider-Man yang juga adalah musuh yang hebat kepada Spider-Man. Morbius asalnya adalah manusia biasa yang mempunyai kecacatan dan mencari penawar dengan menggunakan DNA kelawar yang akhirnya menukarkan beliau menjadi vampire yang mempunyai kuasa sembuh sendiri dan pelbagai lagi.
Buat masa ini pihak Sony hanya mengeluarkan video trailer sahaja. Tarikh ia bakal ditayangkan masih tidak diketahui. Harapnya ia bakal ditayangkan pada tahun ini, sekurang-kurangnya pada suku tahun ke-3.