Close

Nubia Red Magic akan menjadi fon pertama dengan paparan 144Hz!

Kebanyakan paparan segar semula (refresh rate) yang digunakan oleh telefon pintar sekarang ni paling tinggi pun 120Hz yang digunakan oleh ASUS ROG Phone 2. Namun tahun 2020, CEO Nubia sendiri telah kongsikan gambar bahawa fon Nubia Red Magic seterusnya bakal menggunakan paparan sehingga 144Hz.






Peranti ini juga digelar sebagai Nubia Red Magic 5G, malahan ia juga turut mempunyai pilihan 60Hz, 90Hz, 120Hz dan 144Hz (paling tinggi). Dengan paparan setinggi itu, ia mungkin akan memakan bateri fon anda jika menggunakannya secara kerap. Harap Nubia akan meletakkan kapasiti bateri seperti ASUS ROG Phone 2.

Sebelum ini juga Ni Fei, CEO Nubia turut mendedahkan bahawa peranti terbaru dari Nubia bakal dilengkapi dengan cip pemproses Snapdrgon 865 dan tiga kamera utama. Ini juga mungkin adalah Nubia Red Magic 4. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN