Menariknya pada bahagian kaca belakang kamera utama, ia boleh digelapkan agar tidak nampak sebarang lensa kamera. Teknologi ini adalah kerjasama antara OnePlus dan McLaren. Rekaan peranti ini juga diinspirasikan dari kereta sport McLaren.
Kini OnePlus memperlihatkan prototaip berwarna hitam yang nampak lebih elegan berbanding warna oren. Jika anda lihat dengan lebih teliti, pada bahagian kamera belakang terdapat material serat karbon yang digunakan antara lensa kamera. Malah material yang digunakan pada panel belakang adalah jenis kulit premium yang lebih mesra alam sekitar dan mudah dibersihkan.