![]() |
Gambar : engadget |
Menariknya, peranti ini berupaya untuk menyembunyikan penampakan kamera belakang apabila ia tidak digunakan. OnePlus menggunakan teknologi cermin khas pada panel belakang kamera untuk menyembunyikan penampakan kamera. Agak menarik bukan?
Menurut laporan, OnePlus mengambil masa 18 bulan dengan kerjasama pihak McLaren untuk mencipta peranti ini. Dan semestinya rekaan ini telah diilhamkan dari kereta McLaren. Anda boleh lihat logo McLaren di bahagian panel kaca kamera belakang atas sekali.