Pencarian 'coronavirus' di Google kini memberi petua elakkan jangkitan dan laporan dari WHO - FUZZ.MY

Friday, January 31, 2020

Pencarian 'coronavirus' di Google kini memberi petua elakkan jangkitan dan laporan dari WHO



Jika anda menggunakan kata kunci 'coronavirus' di Google sekarang ini, anda akan mendapat pelbagai petua untuk mengelakkan jangkitan, laporan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan berita sahih yang berkaitan coronavirus (2019-nCoV).


Ini adalah inisiatif dari Google sebagai satu langkah Google SOS bersama pihak WHO. Pihak Google juga turut mengumumkan Google.org dan sumbangan sebanyak $250,000 kepada Chinese Red Cross dan mengadakan kempen dalaman untuk mengajak Googlers membuat sumbangan.

Setakat ini jumlah kutipan sudahpun mencecah $800,000.