Close

Pengeluaran iPhone 9 mungkin terkesan akibat wabak coronavirus di China

Umum sedia maklum bahawa dunia sedang menghadapi wabak yang boleh membawa maut iaitu novel coronavirus (2019-nCoV) yang sedang menular ke beberapa negara termasuk Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa negara lagi. Wabak ini dikatakan asalnya dari Wuhan, China.

Dalam pada itu, laporan baru-baru ini kuat mengatakan bahawa Apple bakal melancarkan iPhone 9 sekitar bulan Mac ini dan akan memulakan pemasangan sekitar bulan Februari ini. Namun, seperti anda tahu, pemasangan iPhone semuanya dilakukan di China oleh syarikat pengeluar Foxconn.

Menurut laporan dari Bloomberg, pengeluaran iPhone 9 mungkin akan terkesan akibat wabak coronavirus yang sedang menular di China sekarang ini dengan angka kematian dan jangkitan yang semakin meningkat hari demi hari.

Setakat ini kes yang telah disahkan meningkat ke wilayah Henan, dimana kemudahan fasiliti Zhengzou terletak. Dan ia juga boleh menyebabkan Foxconn atau kerajaan menutup kilang bagi langkah pencegahan wabak coronavirus.

Dalam maklum balas juga, pihak Foxconn juga menyatakan bahawa syarikat itu sedang mengawasi keadaan di China dan mengikuti semua amalan kesihatan yang disyorkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN