Close

Poco X2 akan dilancarkan pada 4 Februari ini – Paparan 120Hz dan kamera 64MP

Pihak Poco hari ini telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan peranti kedua mereka iaitu Poco X2 pada 4 Februari ini di India. Spesifikasi yang telah disahkan oleh Poco setakat ini adalah pilihan paparan segar semula 60Hz, 90Hz dan 120Hz.



Malah Poco juga turut kongsikan bahawa Poco X2 juga akan dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon (mungkin Snapdragon 730G), teknologi sistem penyejukan untuk prestasi permainan yang unggul, dan kamera dengan sensor Sony IMX686 (mungkin 64MP).

Peranti Poco kali ini mungkin memfokuskan pada kelas pertengahan. Mungkin Poco akan melancarkan peranti kelas atasan sekitar tahun ini juga iaitu Poco F2 yang dinanti-nantikan oleh peminat Poco. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN