Close

Pocophone F2 mungkin akan diperkenalkan sekitar bulan Mac ini

Sebelum ini kita sudah dengar bahawa jenama Poco sudahpun berasingan dari Xiaomi. Bermakna Poco bukan lagi sub-jenama dari Xiaomi, tapi berdiri di atas jenama sendiri. Namun Poco masih memerlukan khidmat Xiaomi di atas beberapa faktor.

Malah perisian juga telah diubah sedikit dan dinamakan sebagai MIUI for Poco. 2018 adalah tahun yang agak gemilang bagi jenama Pocophone dengan gelaran flagship killer kerana tawaran cip pemproses paling tinggi pada tahun itu dengan harga yang murah. Namun tahun 2019 Poco seakan senyap seketika.

Dan tahun ini terdapat laporan bahawa Poco mungkin akan melancarkan peranti kedua mereka iaitu Pocophone F2 pada suku tahun pertama 2020. Mungkin kita akan diperlihatkan sekitar penghujung Februari atau awal bulan Mac ini.

Seperti biasa, Poco F2 dijangka akan memfokuskan pada spesifikasi yang tinggi dengan tawaran harga yang murah. Ia juga mungkin akan menjadi saingan yang hebat kepada jenama seperti realme dan Xiaomi yang banyak mengeluarkan fon spesifikasi tinggi dan harga yang berpatutan.

ARTIKEL BERKAITAN