Close

realme 5i kini rasmi di Malaysia – Bateri 5000mAh dengan harga RM599 sahaja

realme Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu realme 5i yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 665, bateri sebesar 5000mAh, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB, skrin IPS LCD 6.52-inci (resolusi 720 x 1600) dan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Dari segi kamera, realme 5i menggunakan empat kamera 12MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Pengecasan yang digunakan juga adalah jenis microUSB 10W dan mempunyai dua pilihan warna iaitu Hijau dan Biru.

realme menawarkan realme 5i dengan harga RM599 untuk 4GB RAM + 64GB storan yang akan mula dijual bermula 18 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN