Close

realme Buds Air – TWS Super Low Latency dengan harga RM199

Selain dari realme 5i, hari ini realme Malaysia juga turut melancarkan TWS terbaru keluaran mereka iaitu realme Buds Air yang mempunyai rekaan seakan Apple AirPods dengan teknologi ENC (Environment Noise Cancellation), pengecasan tanpa wayar dan dwi-mikrofon terbina.

Fungsi pada realme Buds Air ini juga seperti kebanyak TWS di luar sana. Anda perlu ketik dibahagian luar Buds Air semasa anda menggunakannya untuk memainkan muzik dan sebagainya. Buds Air juga berfungsi jika anda menggunakan pembantu maya Google Assistant dan Siri.





Malah ia juga mempunyai pengesan penggunaan sekiranya anda cabut dari telinga, muzik yang dimainkan akan automatik berhenti seketika, dan bila ia diletakkan semula pada telinga, ia akan mainkan semula muzik. Buds Air juga mempunyai 3 pilihan warna iaitu Kuning, Hitam dan Putih.





Buat yang suka main mobile gaming, Buds Air juga mempunyai teknologi super low latency sehingga 51% membolehkan anda mendengar tanpa sebarang bunyi sangkut. realme menawarkan Buds Air dengan harga RM199 selama satu hari sahaja iaitu pada 21 Januari ini dengan pembelian di Shopee.

Selepas itu harga akan kembali dijual dengan harga RM299. Persoalannya, adakah pembelian realme Buds Air ni berbaloi? Ketahui lebih lanjut, tonton video di bawah :

ARTIKEL BERKAITAN