Close

Rekaan Huawei P40 Pro tertiris – Menggunakan 5 kamera utama!

Baru-baru ini mungkin ada diantara anda yang sudah melihat rekaan Huawei P40 yang tertiris dari setiap sisi. Kini terdapat gambar Huawei P40 Pro pula yang telah tertiris menunjukkan bahawa peranti itu akan menggunakan 5 kamera utama. Nampaknya bukan Xiaomi Mi Note 10 dan Nokia 9 PureView sahaja yang menggunakan 5 kamera, malahan Huawei P40 Pro juga turut guna.

Menurut sumber, material panel belakang yang digunakan adalah jenis seramik. Berbeza dari kebanyakan fon yang ada di pasaran sekarang ini. Dari segi rekaan hadapan dan belakang, ia nampaknya menggunakan panel jenis melengkung.

Siri Huawei P40 juga dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mac tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN