Close

Rekaan rasmi Samsung Galaxy S20 Ultra tertiris

Acara khas Samsung Unpacked bakal diadakan beberapa minggu sahaja lagi dari sekarang dan kini terdapat gambar yang menunjukkan rekaan sebenar Samsung Galaxy S20 Ultra dari 4 sudut yang berlainan.

Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan, Galaxy S20 Ultra akan menggunakan empat kamera utama 108MP + 48MP telefoto + 12MP ultra-lebar + ToF dan mempunyai bonjolan kamera yang agak besar dan tebal. Manakala pada bahagian hadapan, menggunakan takuk seperti Galaxy Note 10 dan kamera swafoto 40MP dengan rakaman 4K 60fps.

Skrin yang digunakan juga bukan skrin melengkung yang biasa Samsung gunakan pada siri Galaxy S10, tapi lengkungan yang digunakan sudah dikurangkan. Menurut laporan sebelum ini, lengkungan yang digunakan pada skrin seakan Google Pixel 2 XL iaitu jenis panel skrin 2.5D.

ARTIKEL BERKAITAN