Don't trust unofficial leaks, here's an official one. 😉— POCO India (@IndiaPOCO) January 24, 2020
Read about it here: https://t.co/Eql5a9wWH8 #POCOIsHere pic.twitter.com/KhqohYd3ad
Dan kini terdapat laporan baharu bahawa Poco akan melancarkan satu lagi peranti yang memfokuskan pada kelas pertengahan dengan nama Poco F2 Lite atau mungkin dengan nama Poco X2 untuk pasaran India seperti dalam gambar yang tertiris dan ia juga dikatakan penjenamaan semula dari Redmi K30 4G.
Menerusi maklumat yang tertiris, Poco X2 akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan 256GB, hadir bersama Android 10 dalam kotak jualan dan MIUI for Poco.
Namun tak dapat dipastikan sama ada Poco X2 hadir bersama paparan skrin segar semula 120Hz atau tidak. Apa pun, sama-sama kita nantikan pada bulan Februari ini.
(Sumber)