Salji mula turun di padang pasir Arab Saudi – Biar betul? - FUZZ.MY

Friday, January 17, 2020

Salji mula turun di padang pasir Arab Saudi – Biar betul?



Sejak beberapa hari ini tular gambar dan video salji yang terdapat di padang pasir Arab Saudi. Jika sebut saja padang pasir, anda pasti akan terfikirkan tempat yang panas, tapi kali ini ia diselubungi dengan salji yang keputihan.


Namun sebenarnya salji di padang pasir ini bukanlah satu perkara yang baru ataupun perkara yang pelik, kerana cuaca bersalji ini pernah terjadi pada April 2019. Jadi, ia bukan perkara yang baru.





Dalam pada itu juga, menurut Ahli Meteorologi Kanan Accu Wheather, Eric Leister telah menyatakan bahawa ribut yang berlaku di Selatan Eropah telah mengakibatkan salji mula turun di Timur Tengah yang terdapat di beberapa kawasan gurun berhampiran Tabuk.

Malahan. suhu juga telah mencatatkan paras beku. Bagimanalah unta yang biasa dengan panas, tiba-tiba hadap cuaca paras beku? Pasti ia satu perkara yang amat membimbangkan para pengembala unta.




(Sumber)