Samsung akan melancarkan 5 variasi Galaxy S20 – Rekaan sebenar juga tertiris! - FUZZ.MY

Monday, January 13, 2020

Samsung akan melancarkan 5 variasi Galaxy S20 – Rekaan sebenar juga tertiris!



Beberapa minggu sahaja lagi, Samsung akan melancarkan siri Galaxy S20 secara rasmi. Menurut maklumat terbaru yang tertiris daripada penulis XDA Developers iaitu Max Weinbach, beliau telah kongsikan satu ciapan menerusi twitter tentang siri Galaxy S terbaharu yang bakal diperkenalkan oleh Samsung iaitu :


  • Galaxy S20
  • Galaxy S20 5G
  • Galaxy S20+
  • Galaxy S20+ 5G
  • Galaxy S20 Ultra 5G


Terdapat 5 pilihan variasi yang mungkin akan diperkenalkan oleh Samsung pada siri kali ini. Berbeza dengan siri Galaxy S10 sebelum ini. Beliau juga turut mengesahkan rekaan Galaxy S20+ yang akan mempunyai paparan skrin seakan Galaxy Note 10 dan rekaan kamera belakang seperti yang tertiris sebelum ini.





Dari segi paparan skrin, Max juga turut memberitahu bahawa panel skrin Galaxy S20+ tidak terlalu melengkung dan ia rasa seakan rata jika pegang di tangan. Ini kerana panel skrin hadapan yang digunakan adalah jenis 2.5D seakan Google Pixel 2 XL.