Close

Samsung telah laburkan $500 juta untuk membuka kilang di India

Gambar : MANJUNATH KIRAN / AFP 

Samsung Electronics bukan nama yang asing lagi dalam dunia teknologi. Hampir semua peralatan elektronik keluaran mereka mendapat sambutan yang agak baik dari pengguna, lebih-lebih lagi telefon pintar mereka.

Menerusi laporan terkini, syarikat itu telah melaburkan $500 juta untuk membuka kilang pembuatan paparan di New Delhi, India. Kilang ini memfokuskan pada paparan yang lebih meluas untuk peranti pintar dan beberapa peralatan IoT (Internet of Things) yang lain.

Kilang yang bakal dibuka ini juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran Samsung. Malah Samsung juga adalah jenama kedua terbesar di India dalam telefon pintar dan lebih 500 juta pengguna secara global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN