Umum sedia maklum bahawa siri iPhone 11 adalah siri iPhone pertama yang mempunyai fungsi Night Mode pada kamera. Jika anda salah seorang pengguna iPhone 6 hingga iPhone Xs Max yang mengidamkan fungsi kamera Night Mode, perkongsian kali ini memang khas untuk anda.
Caranya sangat mudah, anda perlu pergi ke App Store dan muat turun aplikasi NeuralCam yang dijual dengan harga RM19.90 (yang sebelum ini hanya RM12.90). Rasanya baru lagi naik harga. Tapi jika anda mementingkan fungsi ini, RM19.90 adalah pembelian yang berbaloi. Bayaran adalah sekali sahaja, tiada komitmen bulanan mahupun tahunan.
Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan tanpa perlu ada skill yang profesional. Hanya point & shoot sahaja. Tapi pastikan tangan atau subjek tidak terlalu bergegar semasa ambil gambar untuk mendapatkan kualiti yang baik. Contoh gambar diambil menggunakan iPhone X :
Kamera biasa |
NeuralCam |
Semoga bermanfaat.