Close

Semua yang anda perlu tahu tentang “coronavirus wuhan” yang sedang membimbangkan masyarakat

Coronavius (virus korona) kini sedang hangat diperkatakan dan dikhuatiri oleh masyarakat, lebih-lebih di Malaysia. Tapi apa sebenarnya virus korona ini? Ia adalah virus yang dipercayai berpunca dari ular yang boleh menyebabkan sindrom seperti Pernafasan Akut Teruk (SARS).


Buat pengetahuan anda, virus korona ini sedang merebak di China dan telah membunuh seramai 26 orang dan 830 kes telah direkodkan terkena virus ini menurut laporan media di China. Ya, ia sangat merbahaya pada manusia.

Kajian dari para saintis juga telah mendapati bahawa virus ini berasal daripada South China Wholesale Market dan seterusnya merebak ke beberapa kawasan di China, dan kini terus merebak ke beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan, Singapura Vietnam dan Amerika Syarikat yang telahpun membunuh 18 orang setakat ini.


Virus seupama ini juga pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini. Awalnya, direkodkan pada tahun 2003 Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang telah membunuh lebih 858 orang dan pada tahun 2012 Middle East Respiratory Syndrome (MERS) yang telah membunuh 774 orang.

Walaupun jumlah jangkitan dan kematian semakin meningkat, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan pada Khamis yang lepas bahawa penularan virus ini masih belum di tahap kecemasan.


Kerajaan Malaysia sendiri telah ketatkan pemeriksaan terhadap semua pelancong dari China yang memasuki Malaysia melalui imbasan dan saringan di Lapangan Terbang. Malah kerajaan juga telah mengumumkan dana untuk menghadapi wabak korona di negara ini.

Cara untuk kesan anda dijangkiti :

  • Batuk yang sukar disembuh
  • Demam yang terjadi secara cepat dan tiba-tiba
  • Suhu melebihi 38°C
  • Sesak nafas
  • Kerap bersin

Cara untuk mencegah :

  • Kerap mencuci dan membersihkan tangan
  • Pakat topeng mulut jika batuk dan bersin
  • Elak bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
  • Elakkan makanan mentah dan tidak masak
  • Cuci buah-buahan dan sayuran sebelum makan
  • Elakkan sentuh haiwan liar atau ternakan tanpa perlindungan
Harap rakyat Malaysia terhindar dari wabak ini. Sama-sama kita cuba mencegahnya.

ARTIKEL BERKAITAN