Close

Sony Vision S – Kereta Elektrik Pertama Dari Sony

Jika sebut sahaja Sony, pasti anda kenal kamera Mirrorless dan pelbagai lagi alatan elektronik yang dikeluarkan oleh Sony. Tapi kali ini sedikit berlainan kerana pada acara khas CES 2020, Sony telah memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka iaitu Sony Vision S.




Kereta ini dilaporkan adalah kereta konsep yang berasaskan kuasa elektrik dan mempunyai rekaan seakan kereta elektrik Tesla. Pelbagai teknologi yang diletakkan pada kereta ini termasuk paparan buat kerusi pemandu dan penumpang yang menggunakan skrin sesentuh, teknologi 10 sensor gambar Sony, sensor radar dan ultrasonik.

Vision S juga turut dilengkapi dengan tenaga bateri yang tidak disebut berapa kapasitinya.  Dari segi pemanduan, kereta ini mampu memecut dari 0 – 60km/h dalam masa 4.5 saat sahaja dengan kuasa motor 200kW dan mempunyai kelajuan maksium 149km/h.

ARTIKEL BERKAITAN