Close

Spesifikasi dan rekaan sebenar Samsung Galaxy Z Flip – Skrin boleh dilipat!

Seperti ura-ura yang tersebar sebelum ini, Samsung akan melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat kedua mereka iaitu Galaxy Z Flip. Namun, kali ini sedikit berbeza kerana lipatan skrin yang digunakan adalah secara vertikal seperti Motorola Razr 2019, bukan seperti Galaxy Fold.

Menerusi gambar tertiris, dapat dilihat pada bahagian skrin ia mempunyai bingkai plasik seperti yang digunakan pada Galaxy Fold. Mungkin ia adalah bingkai sebagai pelindung pada skrin.

Manakala pada bahagian belakang terdapat paparan skrin sekecil 1.06-inci Super AMOLED bersebelahan dengan kamera utama dengan resolusi 300 x 116 piksel. Ia mungkin akan berfungsi sebagai notifikasi untuk mesej dan panggilan. Spesifikasi yang tertiris :
  • Kerangka aluminium
  • Kaca depan dan belakang Gorilla Glass 6
  • Skrin 6.7-inci Dynamic AMOLED
  • Infinity Flex HD+ (2636 x 1080)
  • OneUI 2.0 (Android 10)
  • Snapdragon 855+
  • 8GB RAM
  • 256GB storan UFS 3.0
  • 12MP f/1.8 + 12MP f/2.2 ultra-wide
  • Swafoto 10MP f/2.4
  • Bateri 3300mAh
  • Pengecasan berwayar 15W
  • Tanpa wayar 9W
  • Pengimbas cap jari dibahagian tepi
Samsung Galaxy Z Flip ini mungkin akan dilancarkan sekali dengan siri Galaxy S20 pada 12 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN