Close

Tawaran kompaun trafik DBKL sempena hari Wilayah hanya RM15

Sempenah hari Wilayah Persekutuan 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tawaran diskaun untuk kompaun trafik DBKL dengan harga RM15 sahaja bermula 1 Februari sehingga 3 Mac 2020.

Tawaran ini khas untuk wargakota untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan dan mengelakkan tindakan senaraihitam (blacklist). Tawaran kompaun trafik ini juga membabitkan motosikal, kereta dan kenderaan berat seperti bas dan lori.

Pembayaran boleh dilakukan melalui :

  • Semua kaunter DBKL
  • Semua kaunter POS Malaysia
  • Secara talian atau melalui aplikasi Mobis
  • dan melalui portal rasmi MyEG

ARTIKEL BERKAITAN