Close

Teknologi 5G selamat digunakan, tidak menjejaskan kesihatan

Anda mungkin pernah terbaca mengenai kenyataan bahawa teknologi 5G yang digunakan mampu memberi kesan yang buruk pada kesihatan manusia. Namun menurut Pengarah Kanan Penyelidikan dan Kelestarian, persatuan GSM (GSMA) Dr Jack Rowley ia sebaliknya.

Untuk pengetahuan anda, GSMA adalah badan perdagangan yang mewakili pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia. Menurut Dr Jack, berdasarkan 2,900 kajian saintifik terhadap komunikasi mudah alih yang dilakukan, tidak ada yang menyokong dakwaan itu.

Saya telah berada dalam industri selama 30 tahun dan telah melihat kebimbangan yang sama (berhubung kesihatan) dengan penggunaan 2G, 3G dan 4G tetapi tidak terdapat perubahan yang ketara dalam pendedahan peribadi.

Malah Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan University Teknologi Malaysia, Prof Dr Tharek Abdul Rahman juga menyatakan bahawa teknologi itu frekuensi radio adalah jenis yang tidak menghasilkan sinaran berbahaya seperti dihasilkan oleh sinaran X.

Orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabkan kanser adalah jenis mengion seperti sinar X dan radio aktif. Menurut Pro Dr Tharek.

Sinaran tak mengion dihasilkan 5G hanya akan menyebabkan kesan pemanasan yang tidak cukup untuk memberi kesan jangka panjang kepada tisu-tisu badan. Tenaga matahari adalah kategori selamat kerana ia radiasi tidak mengion, 5G pula 1,000 kali lebih rendah menunjukkan ia radiasi selamat. Tambahnya.

Akhir kata, jika anda bukan pakar dalam bidang ini, jangan buat sebarang spekulasi yang bertentangan dengan fakta sebenar sehingga membuatkan masyarakat panik dengan fakta yang salah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN