Close

TM menawarkan Unifi Plus Box yang diintegrasi dengan Android TV

Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah menawarkan Unifi Plus Box yang dijana dengan sistem operasi Android TV. Anda boleh menonton kandungan dari Unifi TV dan terdapat juga beberapa aplikasi yang turut disediakan seperti YouTube, BBC Player, iFlix, Viu dan pelbagai lagi. Namun buat masa ini Netflix masih belum boleh diakses.





Unifi Plus Box dilengkapi dengan memori 2GB RAM dan 8GB storan yang juga turut mempunyai ciri Google Assistant dan fungsi Chromecast. TM juga menawarkan beberapa pelan langganan untuk Unifi Plus Box dengan kelajuan :

  • 30Mbps = RM149
  • 100Mbps = RM189
  • 300Mbps = RM199

Ketiga-tiga pelan ini juga turut boleh ditonton dengan resolusi 4K Ultra-HD dan mempunyai data tanpa had. Manakala untuk pelan 300Mbps (RM199), TM menawarkan 6 bulan percuma langganan Viu. Anda boleh mendapatkan pelan ini di pengedar TMPoint terdekat atau melalui laman web rasmi Unifi.

ARTIKEL BERKAITAN