Close

WhatsApp Beta kini hadir dengan mod gelap

Mod gelap adalah satu tema yang digemari pengguna peranti kerana tidak terlalu sakit mata ketika melihat fon semasa menghantar mesej atau tatal skrin. Kini WhatsApp telah melepaskan versi beta untuk pengguna Android bagi menikmati mod gelap pada peranti mereka.

Gambar : Android Authority

Tetapan mudah sahaja. Boleh pergi ke bahagian WhatsApp > Chat > Dibawah Display > Theme. Anda boleh memilih 3 pilihan tetapan sama ada System default, Dark dan Light. Tetapan ini hanya akan mengubah mod warna sahaja.

Untuk menikmati mod gelap ini, anda perlu naiktaraf ke WhatsApp Beta 2.20.13 melalui pautan APKMirror ini atau mendaftar di program beta Play Store.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN