Jika anda pengguna aplikasi WhatsApp yang tegar, anda mungkin sedang mengalami beberapa permasalahan seperti gagal menghantar fail gambar, audio dan sebagainya. Malah, status juga gagal untuk dikemaskini.
Permasalahan ini pastinya membingungkan pengguna, terutamanya di Malaysia yang menggunakan aplikasi itu sebagai platform untuk urus niaga dan sebagainya. Isu permasalahan pada WhatsApp ini juga dilaporkan berlaku secara global pada waktu ini.
Gambar dah boleh sent.— ⚡️FAIZ ZAINAL⚡️ (@thefaizzainal) January 19, 2020
Fungsi lain pun dah okay. Korang punya WhatsApp masih bermasalah ke? pic.twitter.com/fVkGaLwhpB
Terdapat beberapa pengguna di Malaysia yang dilaporkan sudah stabil. Namun ada beberapa pengguna WhatsApp yang masih bermasalah. Tidak pasti bila ia akan stabil secara keseluruhan.