Close

WHO isytiharkan wabak coronavirus 2019-nCoV sebagai darurat global

Hari ini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa wabak coronavirus 2019-nCoV sebagai darurat peringkat global sejak ia mula menular yang juga memberi kesan kepada pelancongan dan perniagaan.

Sebab utama bukan sahaja ia berlaku di China, tapi ia apa yang telah berlaku di negara lain. Menurut WHO.

Keprihatinan kami yang paling utama adalah potensi virus itu menyebar ke negara-negara lain dengan sistem kesihatan yang lemah dan tidak bersedia untuk menanganinya. Tambahnya lagi.

Dengan pengisytiharaan ini, wabak yang sedang menular ini bukan virus yang boleh dipandang remeh oleh mana-mana negara. Bahkan sekarang ini, jumlah jangkitan sudahpun meningkat lebih 8,000 kes jangkitan dan 170 jumlah kematian yang telah dicatatkan.

Anda disarankan melakukan langkah pencegahan :

  • Kerap mencuci dan membersihkan tangan
  • Pakat topeng mulut jika batuk dan bersin
  • Elak bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
  • Elakkan makanan mentah dan tidak masak
  • Cuci buah-buahan dan sayuran sebelum makan
  • Elakkan sentuh haiwan liar atau ternakan tanpa perlindungan

ARTIKEL BERKAITAN