Close

Xiaomi Mi 10 Pro 5G dilengkapi dengan 16GB RAM – Kegilaan apakah ini?

Xiaomi bakal melancarkan siri Xiaomi Mi 10 tak lama sahaja lagi, khabarnya sekitar bulan Februari ini. Dalam pada itu, terdapat maklumat yang tertiris menunjukkan beberapa spesifikasi Xiaomi Mi 10 Pro 5G.

Merujuk pada gambar, Xiaomi Mi 10 Pro 5G akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865, storan sehingga 512GB, skrin bersaiz 6.4-inci FHD+, bateri sebesar 5250mAh bersama pengecasan pantas 65W dan empat kamera 108MP + 16MP + 12MP + 5MP.

Apa yang menarik perhatian adalah memori sebesar 16GB RAM. Ya, 16GB! Bila tengok RAM sebesar itu, saya terfikir dan tertanya-tanya. Dimanakah keperluan 16GB RAM sedangkan 12GB pun masih belum digunakan sepenuhnya?

Mungkinkah ini ‘hype’ yang akan dibawa oleh Xiaomi pada Mi 10 Pro 5G? Atau juga mungkin sebab kenapa ia akan dijual dengan harga yang lebih mahal? Kita sudah melihat Xiaomi Mi Note 10 walaupun cip pemproses Snapdragon 730G, tapi dengan kamera 108MP sahaja sudah boleh dijual dengan tawaran harga setaraf peranti Snapdragon 855+ yang lain.

Ini mungkin satu cara Xiaomi untuk memasuki pasaran yang memfokuskan peranti premium dengan harga yang lebih kompetitif setaraf dengan Samsung, Apple dan Huawei yang sinonim dengan peranti premium dan harga jualan mencecah RM4,000.

ARTIKEL BERKAITAN